kem explore kapas experience challenge... sangat sesuai dengan nama tersebut... mmg banyak yang sy dan kawan2 telah explore dan experience... kalau nk diceritakan satu persatu smpi tahun dpn pn blm habis cerita ni...
bermula dengan sesampainya di jeti cendering, kami memunggah barang2 ke sebuah bot polis yang besar dan pelajar perempuan pula diarahkan untuk menaiki bot yang lagi satu... pergh... best gle dpt naik bot polis 2... dengan lajunye... rase cm tgh kejar lanun plak...
dipendekkan cerita, sesampainya kami di pulau kapas kami terus menyiapkan khemah penempatan dan khemah pusat kami... hari yang agak memenatkan kerana semuanya harus disiapkan sebelum tgh hari...
petang itu juga kami memulakan xtvt, navigation... kami memulakan perjalanan dengan mendaki puncak 105 terlebih dahulu berbanding dengan kumpulan yang lain yang melakukan perjalanan menyusuri pantai terlebih dahulu... kami berjaya sampai di puncak tetapi tidak berjaya sampai ke check point yang lain... oleh kerana hari semakin senja, kami terpaksa pulang ke camp site dan tidak pergi ke check piont yang lain.pada waktu malam kami mengadakan sesi ice breaking untuk lebih mengenali kesemua peserta karana kami terdiri daripada peldagai kelas ( e-pjj, pdrm, sr221 baru dan lama)...
hari yang ke 2 kumpulan saya bermula dengan aktiviti kayak... kami berkayak mengelilingi pulau kapas selama hampir 6 jam... sambil melakukan axtiviti snorkelling di teluk berakit... memang cantik ikan2 dan coral disitu... kami semua amat terpesona sehingga tidak sedar yang hari semakin senja... sesampainya kami di kem, kami dikejutkan dengan satu aktiviti yang dilakukan tanpa pengetahuan kami iaitu solo kem... selama kurang dari 24 jam kami detempatkan bersendirian di dalam hutan... begitu banyak pengalaman bagi saya sendiri ketika bersendirian di sana...
setelah keluar daripada solo camp, kami pula diarahkan untuk menjadi fasilitator utn solo camp bagi kumpulan yang lagi satu... bkn niat utk mengenakan mereka, tetapi utk sama2 membantu kwn merasai pengalaman solo camp juga... ketika sedang mengawal solo camp, kami semua diarahkan utk pergi melakukan aktiviti abseiling... disini kami sendiri diarahkan utk memasang keperluan abseiling... ada diantara kami yang memang tahu memasang peralatan dan tali utk abseiling... tapi sy hanya mampu tgk je... hehe...
hari keempat sekali lagi kami dikejutkan dengan xtvt final explorace yang sebelum ini tidak diletakkan pun dalam tentatif program... bermula dengan melakukan khidmat kemasyarakatan di resort sekitar pulau kapas, kami sekali lagi mendaki puncak 105, dari puncak, kami meneruskan perjalanan ke teluk berakit untuk mengambil gambar di check point tersebut... perjalanan kami agak menarik kerana telah menyusuri sungai dan kawasan yang terdapat banyak buah yang dipanggil setoi (kwn2 ckp sy x pernah dgr pun) dan boleh dimakan... rasanya juga sedap... setelah keluar dari hutan, kami telah mengambil gambar berlatar belakangkan rumah api dan meneruskan explorace ke checkpoint di jeti pulau kapas... disitu kami diarahkan untuh berenang ke tengah laut untuk mengambil kayak dan berkayak semula ke tepi laut... mmg amat memenatkan kerana terpaksa berenang melawan ombak laut... kaki sy telah cramp berkali-kali... mungkin kerana kepenatan... namun begitu kerana kepantasan kumpulan kami, kami yang pada mulanya berada di tempat terakhir berjaya menamatkan explorace di tempat pertama... dengan slogan kami KAMBING POWER!!!!! kami berjaya mengalahkan kumpulan ayam dan itik...
malam terakhir kami adalah malam kekenyangan... sesampainya kami di kem, pserta dari e-pjj dan plk-pdrm telah menyediakan makan malam dan barbeku untuk kami... memang bes... dh la tgh lapar, dapat pula makan tanpa perlu memasak.... terima kasih untuk abg2 dan kakak2 e-pjj dan pdrm...
setelah kenyang menjamu selera, kami berehat dan mengemas peralatan untuk pulang keesokan harinya... setelah mengemas semua peralatan, dek kerana kepenatan sebahagian peserta perempuan telah tertidur di khemah pusat sehingga pagi manakala peserta lelaki pula telah tidur di tepi pantai dengan hanya beralaskan ground sheet dan berbumbungkan awan dan bintang2... tapi semua tidur dengan nyenyak... nsb baik tiada yang dihanyutkan ombak...
hari terakhir kami telah mengemas semua barang dan berangkat pulang dengan selamat...